Ada berita baik buat peminat ikan patin masak tempoyak! Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan yang susah nak dapatkan stok tempoyak, atau yang tak ada masa nak mencari bahan-bahan nak masak sendiri! Jangan runsing dan bimbang, kini kita ada di pasaran Patin Tempoyak Frozen by Patin Gedik! Yes, its frozen guys! Menarik tak? [Read more…] about Patin Tempoyak Frozen Resepi Temerloh
Foods
Popia basah terbaik di Kuantan?
Confirm! Boleh kata popia basah D Popia Calong memang antara terbaik di Kuantan! Korang boleh datang try sendiri kalau tak percaya. Dekat area Permatang Badak je. Padanla orang duk viralkan kalau time bulan puasa sanggup beratur panjang nak dapatkan popia basah D Popia Calong ni. Duk dengar dah lama, tapi ni ha baru dapat cuba.
Rupanya bukan setakat popia je yang sedap, Mee Kari dan Mee Calong dia pun win! Datang memang tengah lapor, pagi sempat breakfast telur separuh masah 3 biji je. Memang mentekedarah la. Kitorang punya side order popia biasa dan cucur udang. Nak tambah order rojak tak sanggup pulak nak habiskan hahaha. Tapi aku tengok orang keliling aku semua order rojak dia jugak, so mesti sedap jugak kot! [Read more…] about Popia basah terbaik di Kuantan?
Roti Canai Pulau Gerai Mat Zam-Zam
Baru ni aku diperkenalkan port baru roti canai sedap di Kuantan.
Gerai Mat Zam-Zam ni terletak di Indera Mahkota 2, berhampiran 7 Eleven IM2. Beroperasi dari jam 4.oo petang sehingga 10.00 malam, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
I Am Donut
Alhamdulillah baru ni dapat merasa donut daripada I Am Donut jiran sebelah belanja. Macam tau-tau aja kitorang ni memang suka donut!
Kitorang pulak baru tahu kewujudan brand I Am Donut ni sebenarnya. Bertambahlah lagi satu lagi produk lokal setanding SEDO dan DOFI. [Read more…] about I Am Donut
Coke Coffee Caramel ~ Not recommended!
Baru ni aku singgah 7 Eleven, ternampak la Coke Coffee Caramel ni. Terus beli satu tin saja nak try.
My review, aku tak tahu lah kenapa coke ni keluarkan perisa coffee dan caramel ni. Seriously tak sedap. Rasa pelik. Harga pun mahal walau pun promo RM6.90. Then walau pun No Sugar, tapi rasanya out. Not recommended.
Coca Cola Zero Sugar (Coke Zero) memang sedap rasanya setanding yang gula biasa, tapi peliknya memang payah nak jumpa di 7e atau mana-mana pasaran. Kalau ada pun yang dalam botol, dalam tin susah nak jumpa. Pelik juga tu. Biasa aku nampak Pepsi Zero Sugar je di mana-mana 7e. Mungkin strategi marketing.
So boleh try kalau berminat ya! Selamat mencuba!
Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut
Alhamdulillah baru ni berkesempatan jalan-jalan cari makan di Kuala Besut dimana aku sempat singgah bersarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut atau ada yang memanggilnya Nasi Dagang Hari Minggu.
Entah mana satu nama yang betul, wallahualam! Apa yang penting aku dah sampai destinasi nasi dagang viral di Kuala Besut ni.
[Read more…] about Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut