- Keyword adalah kata kunci utama yang menggambarkan mesej yang hendak disampaikan melalui imej kita
- Keyword yang baik, menceritakan keseluruhan maksud imej yang dirakam.
- Kebanyakan agensi microstock memerlukan 50 keyword untuk setiap gambar yang dihantar.
- Ada sesetengah agency sangat menitik beratkan keyword yang tepat. Sehingga ada yang akan reject submission imej yang dihantar kerana keyword yang kurang baik.
- Kalau nak fikir sendiri 50 keyword memang menguji minda!
- Maka sebab itu muncul applikasi Keyword Generator. Ada beberapa pilihan yang boleh didapati diluar sana.
- Salah satu keyword generator yang baik adalah keyword sumbangan Yuri Arcurs.
- Buka http://www.arcurs.com.
- Disebelah kanan, ada tertulis Free Keywording Tools. Klik.
- Masukkan katakunci yang dikehendaki. Katakanlah “muslimah”. Klik Start New Search.
- Pilih imej yang hampir menyerupai imej kita dengan tick pada check box.
- Scroll ke bawah dan tekan butang Accept Choosen Images and Proceed To The Selections Of Keywords
- Select keyword daripada senarai yang dihasilkan. Pilih 50 yang terbaik yang menerangkan imej anda.
- Akhir sekali, tekan butang Show The List Of Choosen Keyword
- Tadaaaa! Copy & Paste pada gambar kita!
Model Release
- Bila menceburkan diri dalam industri fotovideo pasti kita akan akan ada shoot potret individu.
- Secara professional, kita tidak boleh mengambil gambar orang lain sesuka hati tanpa kebenaran kecuali untuk rekod berita (newsworthy). Sebagai contoh, kita mengambil gambar perasmian muzium oleh Yang Dipertuan Agong, maka gambar sebegini dibawah kategori newsworthy / editorial. Nak pergi dekat pun susah, apatah lagi nak mintak sign. Kena sign buku lima atas muka boleh.
- Walaupun kita sudah bayar kepada model, masih lagi belum cukup untuk menjadikan imej yang dirakam adalah milik kita sepenuhnya (Copyright).
- Bagi menjadikan copyright adalah milik kita sepenuhnya. Pastikan model mengisi borang Model Release.
- Terdapat 3 jenis model release yang biasa diperlukan.
- Model Release – Untuk model release yang berumur lebih daripada 18 tahun
- Minor Release – Untuk model yang berumur kurang daripada 18 tahun. Biasanya ibubapa atau penjaga yang akan mengesahkan borang ini.
- Property Release – Untuk bangunan / harta (property) yang memerlukan pengesahan.
- Terdapat juga agency yang menyediakan satu borang sahaja sama ada model/minor release. Jadi memudahkan kerja kita tak perlu nak print 2 form. Sebagai contoh Getty Images menggunakan 1 form sahaja.
- Setiap agensi mempunyai borang model release yang berbeza-beza.
- Kita juga moleh modifikasi model release daripada agensi sedia ada dan menghasilkan satu model release yang generic / umum supaya kita boleh gunakan untuk semua atau kebanyakan agensi. Takkanlah kita nak submit ke Shutterstock borang lain, Fotolia borang lain, 123rf borang lain. Haish, kalau ada 10 model? kalau 100 model? Tak ambil gambar la jawabnya!
- Contoh Model/Minor/Property Release
Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
- Shutterstock.com merupakan antara agency microstock yang mempunyai pasaran yang paling aktif. Setiap hari ramai pembeli membeli gambar di Shutterstock.com
- Seperti yang anda tahu, untuk menjadi contributor di Shutterstock.com, anda perlu menghantar 10 keping gambar/karya pertama terbaik.
- Jika lulus 7/10 keping daripadanya. Anda layak untuk menjadi contributornya, dan boleh mula menghantar gambar seterusnya. Jika tidak, anda perlu menghantar semula karya baru untuk dinilai selepas 30 hari!!!
- Antara tips penting dalam menghantar 10 keping karya berkenaan:
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
[Read more…] about Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
Tutorial bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
- Setiap material yang dihantar kepada microstock agency perlu disertakan dengan title, keyword dan description.
- Bayangkan sekiranya kita ada 1000 keping gambar, dan hendak dihantar kepada 100 online agency? Sudah tentu kita akan menghabiskan masa membuat kerja yang sama untuk key in maklumat title, keyword dan description berulang kali.
- Maka sebab itu kita memudahkan cara dengan mengisi maklumat berkenaan kepada setiap gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop terlebih dahulu. Mereka mempunyai satu sistem yang secara automatik membaca semua maklumat yang terdapat pada imej yang kita hantarkan.
- Buka file image anda dengan Adobe Photoshop
- Klik pada menu File > File Info
- Anda akan dipaparkan dengan paparan berikut. Masukkan maklumat Title, Keyword dan Description. Jika sudah siap, tekan butang Ok.
- Save kerja anda. Itu sahaja.
- Tips 1: Contoh gambar yang digunakan adalah gambar dalam kategori editorial, ia berbeza dengan gambar lain. Title dan descriptionnya perlu mengandungi 4W(Who, When, Where, Why) + 1H (How). Ini kerana imeje editorial mempunyai ciri-ciri berita dan mempunyai sedikit penceritaan sebenar yang perlu disampaikan.
- Tips 2: Sekiranya gambar kita lebih kepada still life, atau modelling. Tidak perlu title seperti diatas. Cukup sekadar menerangkan apa subjek anda dan keadaannya.
- Tips 3: Jika anda mempunyai kelapangan masa untuk mengisi bahagian Author, Author Title, Copyright dan lain-lain, silakan. Maklumat berkenaan tidak diperlukan oleh microstock agency kerana anda telah pun memberikan maklumat anda kepada mereka semasa mendaftar sebagai contributor.
- Tips 4: Masukkan sekurang-kurangnya 50 kata kunci (keyword) yang menerangkan gambar. Jika sukar, cuba search gambar yang hampir sama dengan kita di Shutterstock.com atau lain-lain agency. Copy & Paste keyword imej mereka. Anda juga boleh menggunakan khidmat keyword percuma di laman web Yuri Arcurs @ www.arcurs.com.
Selamat mencuba!
Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia.
Tutorial ini berkaitan bagaimana untuk witdraw earning daripada Fotolia.com. Ia agak berbeza sedikit kerana menggunakan sistem kredit berbanding agensi microstock lain.
1 kredit = USD 1
- Login ke akaun Fotolia anda. Terus ke bahagian Statistics. Klik pada Converts My Credits.
- Pilih Conversion Method & isikan Your payment address serta maklumat akaun penerima anda. Sekiranya Conversion Method adalah Paypal, biasanya address adalah alamat emel. [Read more…] about Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia.