Ada berita baik buat peminat ikan patin masak tempoyak! Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan yang susah nak dapatkan stok tempoyak, atau yang tak ada masa nak mencari bahan-bahan nak masak sendiri! Jangan runsing dan bimbang, kini kita ada di pasaran Patin Tempoyak Frozen by Patin Gedik! Yes, its frozen guys! Menarik tak?
Jadi baru-baru ni aku WhatsApp lah seorang sahabat aku ni yang merupakan ejen Patin Tempoyak Frozen keluaran Patin Gedik ni. Boleh lawati facebook dan instagram diorang. Katanya memang menggunakan resepi original Temerloh. Terus terbayang Patin Tempoyak Usop, Patin Kak Afidah, Kancil Raja Patin, Patin Gobang, Patin Bangau dan lain-lain restoran tempoyak patin yang famous di Temerloh. This is a must try! Hehehe.
Pek Patin Tempoyak
Patin Tempoyak Frozen ni datang dalam tiga pek pilihan iaitu pek bahagian Kepala, Ekor dan Badan. So aku pun try lah bahagian Kepala dan bahagian Ekor. Harganya RM13/pek. Pes tempoyak dibungkus dalam pek berasingan daripada ikan. Jadi bila nak masak, nyahbekukan dulu semua, panaskan air panas 250ml yang dimasukkan pes sampai mendidih, then masukkan ikan dengan api sederhana, golek sampai rasa ok, dah siap! Fuhhh, tak pernah masak tempoyak secepat dan semudah ini i tell you!
My Review
Selepas aku cuba, aku boleh katakan not bad lah rasa pes patin tempoyak frozen ni. Memang sampai rasa patin masak tempoyak tu, tidak terlalu masam, rasa tempoyaknya cukup, tetapi agak pedas bagi orang biasa-biasa. Bagi aku yang suka pedas ni memang cun sangat lah kalau pedas hahaha. Ikan pun elok dengan saiz yang sedang-sedang dipotong dan dicuci bersih. Tapi pleaselah jangan banding dengan ikan fresh beli di pasar. Memanglah berbeza. This is frozen item maaa.
Order
So kepada yang nak try bolehlah klik SINI untuk terus WhatsApp pada member aku ni. Selamat mencuba!
Agent Patin Tempoyak Frozen Resepi Temerloh
Leave a Reply