Semalam kita semua dimaklumkan tentang penangguhan pembukaan sekolah tahun 2021 yang sepatutnya bermula pada 20 Januari 2021.
Dalam group WhatsApp dah huru-hara parent mengamuk tentang penangguhan ini. Mana tak mengamuk kalau masing-masing buat pelbagai persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Ini termasuk jugalah pembayaran pendaftaran sekolah dan kelengkapan yang lain. Itu belum kira lagi kalau keluarga mangsa banjir baru ni. Banyak keluar modal weiii.
Kos
Bila ditangguh begini kos lain pun timbul. Parent terpaksa bekerja, anak-anak terpaksa tinggal belajar di rumah. Tiada sistem pantauan pembelajaran, baik kepada pelajar mahupun kepada guru. Itu belum kira kos di pihak KPM pulak. Pelajar universiti pun sama terkesan baik dari segi ekonomi dan juga pendidikan.
Long Term Plan
Aku rasa pandemik covid19 ni mungkin lambat lagi nak habis. Kerajaan kena bersedia satu plan jangka masa panjang. Tidak boleh bergantung kepada statistik kes harian semata-mata. Jika tidak, seperti sekaranglah jadinya time kes rendah kita plan begini, esok lusa kes naik berubah pula. Jenuh. Kena perhalusi lagi.
Vaksin
Alhamdulillah sekarang dah ada vaksin. Namun walau pun sekarang dah ada vaksin, kita belum tahu sejauh mana keberkesanannya. Aku juga ada terbaca even dah ambil vaksin masih ada potensi untuk reinfected balik. Kalau boleh selesaikan masalah Covid19 sekali pun, ramai dah terkesan akibatnya jika tidak dirancang baik. Ia boleh berulang. Maka kita kena lebih bersedia.
New Approach
Untuk KPM, diharap setidak-tidaknya satu sistem pengajaran menggunakan pendekatan baru yang lebih efektif perlu dirangka menggantikan kaedah sekarang. Mungkin suatu innovasi kepada SOP atau metod yang lebih jelas penggunaan applikasi seperti Google Classroom, Zoom, Team etc. Lebih-lebih lagi apabila memerlukan bantuan parent yang bekerja.
Anak-anak dah hilang 1 tahun persekolahan, mungkin akan terus hilang jika tidak bertindak lebih awal.
Semoga pandemik ini berakhir segera.
InsyaAllah.
Leave a Reply