“Alamak, premium insuran aku naik lagi!”
“Sumbangan takaful aku pun naik jugak!”
Kecoh lately bila ada kawan-kawan dapat info harga takaful insuran mereka naik.
Dahlah masing-masing sakit kepala memikirkan macam-macam perbelanjaan awal tahun 2021. Datang pula kenaikan macam ni, terus nak pitam!
Sebenarnya sama ada takaful atau insuran, sampai masa akan naik juga. Tak kira syarikat mana pun, Prudential? PruBSN Takaful? AIA? Takaful Zurich? Etiqa? Semua pasti akan reprising bila sampai masa.
Jika ada ejen yang beritahu harga takkan naik, sama ada dia ejen baru atau dia ejen lama yang tak dapat info atau dia ejen asal boleh jual!!! Bila claim nak sakit kepala! Memang aku rasa nak luku je kalau ada ejen macam tu!
So hari ni aku sekadar nak share tip sikit berkaitan tindakan jika premium atau sumbangan takaful korang naik
- Downgrade
- Depends on plan, sometimes dengan cara downgrade plan sedia ada boleh merendahkan bayaran insuran atau takaful korang.
- Contoh daripada plan Full Coverage downgrade kepada Ko-Takaful. Ia tidak akan mengubah coverage polisi.
- Semak dengan ejen korang jika ada option macam ni.
- Teruskan
- Jika harga masih bawah kemampuan, boleh teruskan. Jika ada banyak polisi, boleh kurangkan dan fokus kepada satu.
- Bila plan yang dah diambil lama(1-2 tahun) peluang tuntutan untuk urusan claim agak mudah berbanding dengan plan baru. Lebih baik teruskan.
- Ambil plan baru
- Jika nak stop plan lama dan sign up plan baru, ia agak kurang bijak. Ini kerana setiap plan baru ada tempoh menunggu dalam 12o hari. Dalam tempoh 120 hari biasanya sakit kritikal tak cover.
- Jika nak stop juga, pastikan sign up dulu plan baru dan tunggu sehingga tempoh menunggu tamat, then baru terminate plan insuran takaful yang lama.
- Stop
- Ini adalah pilihan terakhir. Secara peribadi aku menyokong bahawa, setiap individu wajar mempunyai satu polisi insuran atau takaful hayat. Ini kerana berdasarkan kepada kadar peningkatan masalah kesihatan, dan juga kadar kos rawatan perubatan yang semakin tinggi memerlukan satu mekanisma yang dapat membantu meringankan kos bayaran perubatan bila memerlukan.
- Tetapi, jika tiada pilihan lain. Jangan pula membebankan diri. InsyaAllah kita masih lagi rakyat Malaysia yang layak menerima rawatan sewajarnya di hospital kerajaan. InsyaAllah.
Jadi begitulah pandangan aku bila berlaku kenaikan harga polisi insuran dan takaful ni. Aku harap dapat membantu korang merancang dengan lebih baik. Jangan terburu-buru buat keputusan. Polisi insuran dan takaful ni bukan perkara yang boleh ambil hari ini dan pakai esok. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang. Jadi merancanglah dengan bijak.
Leave a Reply