Insuran dan takaful adalah satu keperluan. Jika mampu, ambillah sekurang-kurangnya satu.
Tetapi jika keadaan ekonomi tidak mengizinkan, jika tiada pilihan lain. Terminate je. Dahulukan mana yang penting. Kita duduk di bumi Malaysia bertuah. Hospital kerajaan Malaysia sebenarnya adalah yang terbaik. Alhamdulillah.
Atau mungkin, atas sebab-sebab tertentu, korang merancang untuk batalkan insuran sedia ada untuk bertukar kepada insuran atau takaful lain. Juga perlu merancang dengan baik.
Jadi untuk apa jua sebabnya, disini aku kongsikan cara yang terbaik untuk terminate polisi insuran takaful korang.
1. Jika merancang Tukar Polisi Takaful
Sebelum korang terminate polisi sedia ada, sila pastikan telah 120 sign up new policy yang baru. Ini kerana setiap polisi baru mempunyai “Waiting Period” atau Tempoh Menunggu. Kebiasaannya adalah 120 hari atau 4 bulan.
2. Jika merancang untuk Berhenti Polisi Takaful
Jangan biarkan polisi anda tamat begitu sahaja dengan membiarkan tanpa membuat semakan terakhir. Kadangkala sesetengah plan insuran atau takaful mempunyai akaun investment yang memberi pulangan kepada pemilik polisi. Bila ada pulangan bermakna kemungkinan adalah simpanan. Bila ada simpanan yang korang tak tunaikan, kebiasaannya apabila korang stop bayaran atau sumbangan bulanan, ia akan automatik tolak daripada akaun simpanan berkenaan. Silap gaya, 2, 3 tahun korang tak bayar tapi polisi insuran korang masih aktif. Rugi macam tu sahaja. Oleh itu adalah lebih bijak sekiranya korang pergi ke pejabat insuran / takaful terlebih dahulu untuk membuat semakan berkaitan akaun korang dan maklumkan tentang niat untuk berhenti berkenaan. Tiada apa-apa cas atau tindakan akan dikenakan sekiranya berhenti pun. Tak perlu ajak ejen pun tiada masalah.
Jadi sebenarnya, apa jua plan korang untuk batalkan polisi sedia ada, pastikan follow up dengan agensi insuran atau takaful korang.
Jangan biarkan macam tu je. Rugi!
Leave a Reply