Kali terakhir banjir besar di Pahang kalau tak silap aku sekitar 2013-2014.
Bukan setakat Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor juga teruk. Masa tu memang semua tak ready, even pihak berwajib pun tak sangka Pahang akan mengalami banjir besar setelah sekian lama. Bila tak ready ramai lah yang tak sempat nak selamatkan barang-barang, malah bantuan juga lambat sampai. Mujurlah ramai sukarelawan pantas munjul menghulurkan bantuan memudahkan urusan banyak pihak. Jadi pada tahun-tahun selepas itu, memang setiap kali hujung tahun semua berwaspada. Memang sentiasa standby setiap kali hujan lebat tak berhenti-henti. Alhamdulillah.
Namun tahun ini, bermula malam 31 Disember 2020, hujan turun sekejap lebat, sekejap renyai-renyai. Tapi hujan yang terus berlarutan sehingga 3 Januari 2021 kebetulan bertembung dengan air pasang dengan pantas menyebabkan banyak kawasan dinaiki air sehingga menyebabkan banyak jalan terputus hubungan dan sebahagian bandar di negeri Pahang lumpuh. Alhamdulillah walaupun agak bersedia, namun teruk juga kesan banjir di sesetengah kawasan. Nasib baik banyak usaha telah dilaksanakan kerajaan negeri dalam memperbaiki sistem saliran dan perparitan. Kalau tidak, mungkin keadaan lebih buruk daripada sekarang.
Semoga semua mangsa banjir dipermudahkan. Berikut antara gambar banjir terkini 2021.
https://www.youtube.com/watch?v=NPDTq8GnBXA
https://youtu.be/lBEQ9p6jjxI
https://www.youtube.com/watch?v=VftJ1nhWen0
https://www.youtube.com/watch?v=gGwRDo9s9gw
Leave a Reply