Kalau travel melalui negeri Terengganu ni memang tak sah kalau tak singgah beli keropok.
Kali ni aku nak share tentang Keropok Warisan Losong.
Ini dah kali ke 3 aku repeat beli keropok disini. Sebelum ini aku beli di Keropok Adik Beradik. Kedua-dua warung keropok ni berada di Losong, Kuala Terengganu. Semua sedap belaka kalau kat sini.
Cuma kali terakhir ni aku banyak beli disini sebab ada option lain. Bukan setakat keropok lekor yang nak dibungkus atau digoreng, diorang juga ada keropok bebola cheese goreng yang anak-anak aku suka sangat. Selain itu ada Jelly Kelapa yang sedap. Terkini diorang juga ada keropok yang divacumkan, lebih tahan lama, sesuai untuk mereka yang nak travel jauh.
So kalau korang ke Losong, bolehlah cuba Keropok Warisan Losong pulak. Boleh try google map or waze je jalan ke sini!
Leave a Reply