Selepas aku selfie dengan anak-anak tadi, tetiba aku rasa bersyukur sebab berpeluang menghantar anak pergi sekolah setiap hari. Bukan semua orang dapat peluang macam ni bak kata kawan-kawan aku. Ini juga satu bentuk rezeki. Rezeki masa dengan keluarga, dengan anak-anak.
Ada yang berkongsi hari-hari pergi kerja dan balik kerja anak masih tidur atas faktor kerja. Especially kawan-kawan aku yang bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Keluar awal-awal pagi nak elak jammed, balik pula terpaksa dilewatkan.
Aku di Kuantan ni ok lagi walau pun pagi-pagi kalau area Indera Mahkota tu time 7 pagi dah start jem lah sikit. Tapi masih ok lah. Laluan utama aku adalah jalan Kuantan-Bypass dari Indera Mahkota ke Pandan. Kalau nasib tak baik jika ada eksiden jalan by pass tu, memang jenuh la weh.
Setiap hari aku memang dah set untuk keluar dari rumah jam 7 pagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Perjalanan mengambil masa 10-15 minit ke Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas. So sepanjang perjalanan itulah, biasanya aku dapat titipkan pesanan dan nasihat, bercerita atau mendengar cerita, atau kadang menjawab pelbagai soalan luar kotak diorg ni. Waktu ni memang diorang dalam keadaan fresh, kepala tengah kosong lagi, maka apa yang terlintas insyaAllah diorang akan terima dengan baik. Jangan lupa banyak-banyak doa, selawat dan zikir dalam bersembang tu.
Jadi kalau korang ada peluang macam ni, gunakanlah sebaiknya. InsyaAllah amat bermanfaat pada mereka dan kita. Sebaliknya kalau takde kesempatan seperti aku, cubalah cari masa yang sesuai. InsyaAllah mesti ada, semoga dipermudahkan.
Leave a Reply