Baru-baru ni kecoh di media sosial ada ibu bapa yang komplen tentang aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di sekolah MRSM dan yang menjadi lebih panas, komplen ini datangnya daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka di sekolah MRSM! Ibu bapa berkenaan juga mengaku x-MRSM! Wahhh kritikal ni.
Aku tak pastilah betul atau tidak parent yang komplen ni bekas pelajar MRSM. Mengikut perkiraan aku, mereka ini mungkin pertama kali menghantar anak mereka ke MRSM. Jika benar parent ni bekas pelajar MRSM, lain macam benar komplen mereka ini. Mungkin mereka terlupa, atau mungkin MRSM dahulu tak seperti sekarang mungkin. Seingat aku dulu zaman aku bersekolah, MRSM memang dah terkenal dengan kecemerlangannya, terkenal dengan sistem pembelajarannya. Jadi adakah dahulu MRSM tidak menekankan aktiviti keagamaan waktu itu? Mustahil… Sama ada MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), SBP (Sekolah Berasrama Penuh) atau pun mana-mana sekolah berasrama, malah sesetengah sekolah harian juga semuanya mempunyai sistem yang membantu pelajar cemerlang dari segi akademik dan juga rohani.
Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama, aku tak pernah merasakan sistem kehidupan asrama yang perlu dilalui terlalu keagamaan dan menekan pelajar. Sistem berkenaan lebih kepada mendisiplinkan pelajar, menjadikan pelajar lebih berstruktur dalam menguruskan hal keduniaan tanpa mengetepikan pembentukan sahsiah dan jatidiri pelajar. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebebasan beragama, dimana setiap agama mengajar manusia untuk menjadi lebih baik, maka pendekatan agama adalah terbaik.
Sebagai seorang muslim. Islam adalah cara hidup, is a way of life. Kita tak boleh pisahkan kehidupan beragama. Malah agama itu adalah kehidupan. Setiap saat takkan berlalu tanpa ingatan kita pada Pencipta. Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu, malah Allah melimpahkan kita dengan rezeki didunia tanpa kita mampu terfikir pun. Namun adakah kita sentiasa ingat sapadanya? Maka apalah sangat dengan adanya sebuah sistem yang menggalakkkan pelajar untuk meluangkan masa bertahajud dan berdoa kepada Allah tanda syukur atas nikmat yang diberikan. Setakat solat berjemaah waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya setiap hari, bacaan yasin setiap malam Jumaat, solat sunat Tahajud dan Tasbih sekali setahun, solat sunat Hajat setiap kali nak peperiksaan, tadarus berkumpulan 30 minit selepas Zohor setiap kali bulan Ramadhan, adakah ini membebankan? Tepuk dada tanya Iman. Tanya kita sebagai parent, ada buat amalan ini di rumah? Muhasabah diri sebaiknya.
Sistem ini dah berpuluh tahun, jika tidak tahu silalah rujuk kepada yang pernah lalui kehidupan berasrama. Buatlah kajian terlebih dahulu sebelum mendaftarkan anak ke mana-mana sekolah berasrama. Jangan aniaya anak-anak mengikut kehendak kita dengan memaksa mereka masuk sekolah berasrama. Tidak semua sesuai dengan kehidupan berasrama. Mungkin kurang seronok, tetapi kerana sistem inilah majoriti berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah berasrama. Even sekolah harian pun ada juga aktiviti keagamaan. Jika tidak sesuai didiklah dengan acuan sendiri di rumah lebih baik. Buatlah homeschooling sendiri yang menjadi trend juga sekarang ni.
Janganlah nampak liberal sangat bang. Tak suka, pindahkan sahaja anak kesekolah lain.
Leave a Reply