Baru2 ni, aku ada menerima satu tempahan untuk nama domain http://www.anakyatimpahang.org.my beserta hosting daripada seorang sahabat. Domain didaftarkan untuk Persatuan Kebajikan Anak Yatim (PEKAYA) yang didaftarkan di Kuantan. Secara bersahaja kami berbincang berkaitan laman web berkenaan, tentang tujuan laman web, struktur laman web berkenaan termasuk bagaimana operasi PEKAYA itu sendiri. Jadi aku agak tertarik untuk menyumbangkan web design untuk persatuan ini yang cuba untuk menjadikan laman web yang bakal dibangunkan sebagai pusat maklumat berkaitan kebajikan anak-anak yatim di pahang khususnya.
Projek dah 50%, layout design dah siap, menanti rakan berkenaan pula melaksanakan bahagiannya untuk upload data2 berkaitan informasi berkaitan persatuan dan pusat-pusat kebajikan yang lain. Aku ada terfikir nak masukkan facebook fanpage and twitter tapi diorang tak wat lagi. So kena tunggu dulu lah…
Untuk melengkapkan laman web berkenaan, aku juga memerlukan gambar. Gambar yang menggambarkan suasana di pusat kebajikan anak yatim. Aku bersama2 Gezzeg Photowork, dalam proses menganjurkan satu fotografi untuk mendapatkan gambar2 bagi menggantikan gambar2 slide yang aku cilok dari internet. Aku dah mintak pihak pekaya hantar surat invitation dan kebenaran kepada kitorang. Tinggal tunggu masa yang sesuai je la. Dan kemungkinan aku akan invite lebih ramai dan menjadikan program ni sebagai outing.
p/s: Jauh2 teringat anak dan isteri dirumah, dan ayahanda dan bonda. Terasa beruntung kita yang masih mempunyai keluarga yang sentiasa disisi dikala diperlukan. Semoga Allah memberkati mereka selalu.
Any comment and suggestions on functionality and design appreciate! Thanks! ~ http://www.anakyatimpahang.org.my
en.meeboo lah ni says
first aku nak tanya, tu mmg logo diorg ke? ermm dari segi warna aku lebih prefer warna cam kuning, hijau, or even white lah. Sebab apa? soft colour pastu ni pasal anak-anak yatim.
Lagi satu aku berkenan betul nak tukar logo tu tapi ni ko nye projek lah bro wakakakakaa. Pasai gambor tu gi lah melawat diorg amik terus studio FOC nye bagi. Hok lain aku tak nampok lagi lah sebab baru “mock up” kan?
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Haah 😀 memang logo asal….
Nak kata projek tak jugak. Apa kata ko propose logo baru utk diorang? Kalau berminat nanti aku try sampaikan pada diorang.
Aku memang design base on color pada logo tu…
So, nanti aku suggest diorang ttg kaler tu. Kalau diorang on aku tukar. Ok jer 😀
Nurul Aini says
1. i rasa combination color black n red ni tak sesuai dgn konsep charity.. black, red & white ni mcm “bad romance” plak.. hehe
2. i rasa better guna combination of earth/nature color dgn white/light grey.. tak semestinya kena ikut warna logo
3. strictly no black.
sekian sahaja komen yg jujur lagi ikhlas dari sahabatmu ini..
hehe
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Orait, thanks. Nanti i usulkan kepada PEKAYA.