3 patah perkataan yang simple tapi tinggi nilainya. Dalam life kita yang memerlukan kita untuk membuat pilihan, kadang2 membuat kita tersepit untuk membuat sebarang keputusan. Setiap masa, kita berhadapan dalam menentukan pilihan yang kita mahu.. Bangun dari tido jer dah kene pikir, nak mandi dulu or nak start enjin dulu. On pc jer dah nak kene pilih nak cek email dulu or edit gambo dulu. So making decision bukan perkara yang luar biasa, malah merupakan suatu yang memang terlalu mendalam dan tak dapat dipisahkan dalam life seorang manusia. Setiap pilihan pula, ada kesan positif dan negatifnya.
Aku baru je email pakcik aku, somebody yang aku hormati sebagai seorang yang lebih tua kepada aku dalam salasilah keluarga, dan juga seorang yang dihormati sebagai seorang yang berpengaruh dalam sebuah organisasi kerajaan. Aku memohon nasihat dan pandangan daripada beliau berkaitan dengan pilihan yang aku nak buat berdasarkan pertimbangan dan pengalamannya sebagai seorang pegawai dan intelek.
Kebiasaannya aku menerima panjang lebar penerangan berkaitan pilihan yang bakal aku nak buat. Tapi kali ini, tidak lagi. Simple je jawapan dia. Itu ler tiga patah perkataan yang memulakan write up aku bagi penutup hari ni, “Just Do It”. Aku tidaklah mengharapkan penerangan panjang lebar tiap kali memohon pandangan daripada sesiapa. Pandangan aku, jikalau ada kesempatan penerangan dan penjelasan yang panjang dan mendalam adalah lebih baik. Tetapi, sekiranya pendek, kadangkala lebih baik dan berkesan.
Jawapan yang diberikan pancik aku ni membuat aku senyum sendiri. Bukan kerana jawapan beliau tak memuaskan hati aku. Tetapi betapa, jawapan itu sebenarnya dah sebati pada diri aku. Just Do It. Tak perlu pikir banyak, just buat. Lagi banyak kita pikir, lagi banyak andaian2 yang mengarut, lagi banyak rasa ragu-ragu, lagi banyak masa habis tanpa tindakan dah akhirnya segala peluang yang datang terlepas begitu sahaja. Kita berjaya atau gagal bukan urusan kita, walaupun ia sebenarnya pilihan kita, tetapi sebelum membuat sebarang pilihan atau tindakan atleast kita hendaklah bersedia terlebih dahulu, then baru laksanakannya. Yelah “Just Do It” bukan bermakna kita “bodo2” jer buat tanpa berfikir, melakukan tanpa perimbangan sewajarnya. Tetapi Just Do It ni, kene fikir juga. Cuma bila dah fikir sewajarnya, just bulatkan hati dan jalan terus, jangan pandang belakang. Else, kita akan diganggu perasaan ragu-ragu dan was-was. Bila macam tu mula keyakinan diri hilang. Akhirnya kita LOST dalam perjalanan.
So, begitulah adanya. Thanks lah pada pakcik aku tu. If dia baca blog aku ni. Jgn di ungkit kat mana-mana sudah hahahaha. Apa pun aku faham maksud dia. Multimedia Development Corporation here i come!!! yeeehaaaaaaaaaaa!
mrul says
bro…InsyaAllah dengan usaha, doa n tawakkal, semuanya akan OK… kalo masih tak ok gak, wat solat hajat n istikharah n pastu gunakan senjata terhebat kaum muslimin – DOA… renung2kan dan selamat beramal… 😉
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
bagus suami mitahli ni. hehehe. beruntung la wife u. hehe. Tq singgah.