Tadi aku bawak ibu dan dina kuar ke Megamall. Biasanya dina kesukaan lah bila sebut Megamall ni. To her, Megamall tu ada satu benda je dia ingat. Dia punya horse and rabbitlah. Kalau korang perasan if korang pergi Megamall, kat depan bookstore popular tu ada horse mekanikal tu. Aku tak tau la plak org panggil apa. Tapi tu lah benda yang harus dilawati oleh kitorang sekeluarga. Just for mem kecik aku ni la. Kalau dah singgah Megamall mmg tak sah jumpa horse and rabbit dia.
Kebiasaannya aku singgah jap lah kat popular tu, jenguk2 buku2 baru yang ada. Malangnya pada aku, kedai2 buku yang ada kat Kuantan ni takde yang pernah update buku berkaitan ICT. So quite boring la. Sekarang ni kebanyakan buku yang berlambak2 adalah buku2 berbentuk motivasi, tip2 kaya, tip2 org cina, tip2 org jepun berniaga dan macam2 lagi jenis buku yang berbentuk ‘rahsia menjadi kaya’. Aku bukannya tak baca buku2 ni. Semua buku2 ni bagus. Cuma bagi aku, kalau boleh biarlah update jugak kategori2 lain ni. Mungkin reader sekarang ni suka baca buku2 yang berkaintan menjadi kaya je. Apa yang menarik dan membuat aku bangga jugaklah, makin lama, makin ramai rakyat Malaysia menulis buku. Sebab aku tgk makin ramai nama2 penulis baru yang tak pernah aku kenal yang berkongsi ilmu dan kemahiran masing-masing. Nak tgk lagi ramai adalah melalui blogspot. Bersepah2 penulis2 yang bagus2 menyampaikan pelbagai topik ilmiah mahupun berkaitan kehidupan masing2.
Kerana apa aku menulis? Aku sebenarnya nak mengasah kemahiran menulis. Dalam kepala aku ni ada macam2 perkara yang nak aku luahkan tapi tak kuar2. Aku menulis jugak sebenarnya untuk keluarkan diri aku dari apa kebiasaan yang aku buat. Menulis bukanlah kemahiran aku, tapi boleh la nak menulis bersantai macam ni. Aku pn tak nak tgk web aku ni jadi macam galeri gambar sahaja. At least ada benda aku nak merepek2 kat sini.
Baru-baru ni dia ada cakap kat aku dia agak kebosanan dengan kerjayanya sekarang as pensyarah. Hmmm aku pernah sampai tahap itu. Kerja memang membosankan bila kita buat berulang-ulang kali untuk suatu tempoh yang lama. Aku rasa, ramai orang ada perasaan itu. If tiada tindakan diambil, sama ada posting ke tugasan lain or try to create new workflow, lama-lama sama ada performance menjunam jatuh, atau merana sepanjang hayat kerana kebosanan. So apa aku leh pesan pada wife aku, carilah hobi. Wat something luar dari kebiasaan. Reading? Cooking? Drawing? atau apa2 sajalah yang rasa happy dan seronok untuk dibuat supaya focus lari dari kebiasaan. Aku galakkan wife aku terus menulis blog dia, update and upgrade apa patut. Shes a good bloggers.
Jadi pada sapa2 yang menghadapi masalah yang sama, boring dengan kerja2 yang sama bertahun2. Jom pakat2 cari hobi yek.
Leave a Reply