Diet is a lifestyle
Diet ni sebenarnya adalah satu cara hidup, its a lifestyle. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan untuk satu tempoh, dan untuk satu bahagian tertentu sahaja. Ia bukanlah boleh dibuat sekadar untuk sebulan berpuasa, tak makan tak minum semata-mata. Kalau sekadar berlapar, pada aku tak cukup. At least pada pendapat aku la.
Mungkin orang lain berbeza lah pandangannya. Mungkin bergantung pada niat diet untuk apa? Mungkin kalau untuk kurus memadailah berpuasa. Tapi pada aku sekarang bukan untuk kurus sahaja, malah untuk sihat juga. Kurus dan sihat. Slim dan fit. Nak fit jantung kena kuat, tubuh kena sentiasa bertenaga.
Air kosong terbaik
Hari ni aku nak share tentang minuman diet. Pada aku minuman terbaik adalah air kosong sahaja. Seriously air kosong ni memang tak lekang. Air kosong 1.5l ada sebotol dalam kereta, di bilik tidur dan dan di meja pejabat. Amalkan minum air kosong. Jadikan habit dalam kehidupan. Mula-mula memang tak lalu, tapi lama-lama biasa.
Kadang-kadang nak minum manis macam mana?
Tapi kadang-kadang ada masa nak minum air manis, hahaha. Apa ko buat? Agak bernasib baik sekarang ni sebenarnya seiring dengan kesedaran orang ramai tentang pentingnya kesihatan, mestilah ada pihak yang turut sedar peluang membuat keuntungan melalui produk kesihatan.
Sekarang dah boleh jumpa beberapa produk yang zero sugar, di pasaraya. Tapi, niat aku bukanlah nak menggalakkan korang bertukar ke minuman sebegini. Bukan nak promote apa-apa pun. Sekadar nak share lah apa pandangan aku bila consume produk-produk ini. Atleast ada lah alternatif jika craving nak benda-benda manis ni.
Ulang Suara
Diulang sekali lagi, minuman begini tidak bagus untuk kesihatan. Minum air kosong lebih baik. Jadi jangan amalkan selalu pula bila dah tahu tentang minuman ini. Jangan amalkan selalu! Hahaha.
Btw mungkin ada jenis-jenis lain yang pernah korang jumpa. Boleh lah share sikit minuman diet pilihan korang dalam ruang komen dibawah ya! Thank you!
[…] Nescafe ni nak sedap kena guna susu pekat manis, terpaksa cari alternatif lain. Mencari kopi acah-acah diet gitu. Kopi 2 in 1, serbuk kopi dan krimer sahaja. Nescafe pun ada kopi 2 in 1 iaitu Nescafe Zero, […]