Tadi aku tgk kat FB si Abe Faisal post invitation program Sesi TT di Kuantan. Then aku dapat pulak WhatsApp dalam beberapa group, jemputan menghadiri sesi berkenaan.
Ini perkara serious. Hahaha.
Teh Tarik Table Talk
Lama betul tak dengar Sesi TT Fotografi ni. Dulu Sesi “Teh Tarik” , sekarang sudah tukar Sesi “Table Talk”. Kreatif. Silap gaya ramai esok ni. Sebab dah lama sangat tak buat. Sejuk beku dah komuniti fotografi Kuantan. Semua pakat jumpa kat FB je.
Cerita Dulu
Dulu hari-hari mengadap gambar, siang malam edit gambar. Muntah. Hari-hari tak lekang dengan kamera. Zaman buat job foto. Shoot wedding, event, studio, stock photo. Hari2 bercakap pasal kamera, lighting, editing. Sedar tak sedar dah dekat 8 tahun tinggal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je start serious main kamera 2007 sampai 2010, cukup 3 tahun je lifespan busines aku dalam fotografi as full time photographer. Seriously enjoy lah masa tu. Business yang aku suka, kerja sambil berkarya. Sekarang ni, lebih kepada hobi, suka2 aje la. Nak bawak DSLR pn tak larat dah. Pakat pakai mirrorless aje.
Tapi seriously, rindu weh buat job.
TT
Sesi TT macam ni memang bagus sebenarnya. Aku start belajar kamera pun dulu dengan sesi macam ni lah. Sama-sama luangkan masa kongsi masalah, dan selesai masalah. Open. Business tolak tepi. Tak perlu terlalu official macam dalam kelas, boleh bagi pandangan secara terbuka, dan boleh dapat tips2 percuma daripada yang berpengalaman. Bukan lama pun, sejam dua mungkin. Memang susah nak commit, dengan macam2 kekangan nak buat, tapi impaknya amat bagus untuk komuniti. Kalau ada persatuan dan kelab, TT ni memang wajib dijadikan aktiviti tetap. Aktiviti2 lain tu kira bonus.
See u there
So sesiapa yang free tu jemputlah datang dan bawak laptop boleh belajar asas editing free.
See u…
Leave a Reply