Sebenarnya persoalan tentang kos pembangunan website ni memang tiada penghujung. Sentiasa ada perdebatan sana sini isu harga pembangunan sebuah website dikalangan pembangun website. Kebanyakan pelanggan menganggap kos pembangunan website terlalu mahal tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Walhal kerja pembangunan website ini kalau dilakukan ikut SOP yang betul, tersangatlah rumit.
Website Tidak Releven?
Tetapi isu sebenar pada aku bukan tentang harga, isu sebenar adalah ramai usahawan online menganggap website tidak releven masa sekarang. Bila mereka menganggap website tidak releven, sebab itu mereka merasakan harga membangunkan sebuah website adalah mahal, betul tak? Mereka lebih rasa Facebook dan Instagram cukup untuk membantu perniagaan mereka. Begitulah setakat pengalaman aku bersembang dengan usahawan2 yang berdekatan.
Baru-baru ni ada beberapa wakil syarikat yang menyatakan berminat untuk membangunkan sebuah website. So aku pun macam biasalah, datang jumpa salam perkenalan.
Apa yang aku lihat, kebanyakannya mempunyai perniagaan yang baik, mempunyai produk dan perhidmatan yang agak cemerlang, ada yang dah dekat 10 tahun, tetapi masih tidak mempunyai website.
Aku tak nafi, bukan semua perniagaan perlu website, tapi website adalah salah satu elemen pemasaran termudah dan termurah untuk menyampaikan servis dan perkhidmatan kepada pelanggan. Kos amat murah berbanding dengan pemasaran lain seperti di media sosial dan media lain. Setuju atau tidak? Bayangkan setiap kali buat paid advertisement FB, tapi tak dikepilkan sekali link website? Alangkah ruginya. Boleh membantu visitor traffic ke website kita tau! Setiap kali buat ads berbayar tau, website bayar setahun sekali je!
So Berapa Harga Website Sebenarnya?
Hahaha. Untuk menentukan ukur harga website aku kan jawab balik dengan soalan, untuk apa website itu dibangunkan? Biasanya aku akan tanya berkenaan jenis website, pengisian website, fungsi website dll seperti berikut. Ini tidak termasuk kos domain name dan hosting jika diperlukan.
- Adakah website statik? Statik website disini merujuk kepada website yang bersifat informatif sahaja. Contentnya tidak berubah, tidak perlu ada maintenance cost. Sekali buat, biar sahaja disitu. Website begini lebih murah. Contohnya seperti RoadTaxRenewal.com. Sale letter website, single page website contoh website yang kebiasaanya jatuh kategori ini. Biasa website begini dalam RM1500 kebawah.
- Adakah website dinamik? Adakah website anda perlu dikemaskini selalu? Setiap hari / minggu / bulan? Contohnya Takaful-Insurance.com.my. Biasanya website begini RM5000 kebawah.
- Adakah sebuah portal? Contohnya seperti Utusan.com.my. Web portal boleh mencecah RM5000 ke RM20000. Malah mungkin lebih lagi. Biasanya web portal mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:
- News / Blog / Comment
- Archieve
- Feedback form
- Activity
- Gallery
- Atau apakah website e-commerce? Website yang mempunyai fungsi seperti shopping cart, payment gateway etc. Website ecommerce ini juga boleh mencecah puluh ribuan ringgit. Ini disebabkan selain daripada content informasi, ia juga mempunyai produk yang perlu diinstall juga termasuk payment gateway. Special work begini menjadikan website e commerce lebih mahal.
- Adakah anda memerlukan CMS? Content Management System? Atau anda lebih prefer basic html website? Dan macam2 soalan lagi…
Selain daripada jenis website, jumlah pages juga boleh memberi kesan kepada harga.
Ini sekadar pandangan saya. Secara umumnya range harga pasaran di Malaysia umumnya begini. Mungkin tempat korang lain pula.
Boleh Negotiate Harga Lagi?
Boleh. Ada beberapa perkara boleh membantu untuk negotiate harga
- Web Reference – Nak mudah, nak cepat, sediakan reference website yang korang suka, yang korang minat. Bila ada reference macam ni. Kita boleh cut cost untuk propose design. Hoit, antara kos yang besar adalah design woi! Macam manalah nak tahu apa yang orang lain suka? Kalau tanya tak tahu, bila kita buat tak suka. Bila web developer yang kena fikir semua ni memang ada charge lah, sebab mungkin kena reject 2, 3 kali proposal baru boleh dapat apa yang customer nak. Lebam biji mata developer tak tido cari idea. So, apa kata korang standby siap-siap reference website yang korang suka, beserta spesifikasi tambahan yang korang nak sekali. Jimat masa dan wang tauuu…
- UI Design – Layout, Flow Chart, Layout Structure, Color Scheme, Logo dan lain2 kalau dapat ready siap-siap sebelum jumpa website developer lebih baik. Memang jimat masa.
- Content – Antara isu lain yang boleh membantu dalam menjimatkan kos adalah content preparation. Content ini termasuklah copywrinting, foto atau video, serta creative content lain. Sebaiknya korang dah siap draft content untuk dimasukkan ke dalam web. Copywriting kalau boleh dah buat proof reading sendiri siap2 sebelum web developer untuk di susun masuk ke web. Biasanya syarikat corporate memang kita terpaksa hire professional copywriter. Untuk company yang bajet, memang digalakkan sangat untuk buat sendiri. Gambar tu kalau boleh, biarlah berkualiti, nak mudah boleh beli dengan stock agency seperti Shutterstock, IstockPhoto dll. Barulah naik seri pakai gambar professional. Kalau ada bajet hire la professional photographer, terbaekkk! Kalau dekat sini sahaja dah jimat beribu dahhh…
Ok aku rasa takat tu la kot yang aku rasa boleh share bagaimana nak cut cost pembagunan website korang. Apa pandangan dan pengalaman korang? Sudi-sudi lah share kat bahagian komen ya!
Leave a Reply