Korang pernah tak ajak rakan sekerja atau client meeting kat luar? Kat restoran ke? Cafe ke? Yelah kadang2 puas juga kat office. Kat luar lebih santai, lebih kurang formal, kurang stress. Tak pun kalau korang datang kuantan dari KL, mana port discussion korang? Meh share sket!
Nak buat discussion kat tempat-tempat makan minum ni kena pilih juga. Ada sesetengah tempat tak boleh. Bising sangat! Kotor pn ada!
Jadi post kali ni aku nak kongsi kat mana port terbaik secara rambang pilihan aku kalau nak buat diskusi sambil ngeteh di Kuantan ni.
Kriteria tempat minum ni mesti ada
- Bersih
- Kurang bising
- Menu bagus
- Boleh open notebook
- Ada power plug (Option)
- Ada wifi (Option)
1. Coffee Street Sri Dagangan
So antara pilihan terbaik buat masa ini adalah Coffee Street Sri Dagangan yang terletak di tengah bandar. Berhampiran dengan Kuantan City Mall. Cafe ini tidak berhawa dingin, kalau waktu siang kurang orang, waktu malam biasanya penuh la. Tempatnya juga luas jadi memang selesa kalau nak buat discussion buka notebook. Meja boleh adjust kalau tak cukup. Lokasi pun bersih dengan menu makan minum bervariasi. Ada makanan panas dan western food. Milo ais disini sangat kaw. Boleh try sendiri nanti.
Kat sini juga ada beberapa table yang berhampiran power plug, ada access wifi yang agak ok untuk upload dan download. Cukup untuk satu team 3,4 orang buat kerja, ramai lagi pun boleh. Disebabkan kurang orang, boleh duduk dari pagi sampai petang. Takde orang nak halau. Tapi order la sikit kan. Jangan la air kosong je. Nak solat boleh ke masjid berdekatan dalam 200 meter. Kira bagus la kan?
2. Kemaman Kopitiam Sri Dagangan
Ok Kemaman Kopitiam ni adalah port yang tidak asing lagi di Kuantan. Ia berkonsepkan cafe dan terdapat beberapa buah kemaman kopitiam di Kuantan ni. Boleh google atau waze. Kemaman Kopitiam ni open tidak berhawa dingin, bersih, lebih exclusive, sesuai juga kalau nak bawa VIP discuss.Ada akses wifi tapi slowwwww, power point pun ada. Then ruang atur kopitiam ni agak sempit. Meja pun kecil disusun agak rapat. Jika lebih dari 10 orang memang tak digalakkan ke kopitiam ini. Menu dia pun not bad juga, masakan panas ada, roti bakar, pulut panggang (Ohsem! Must try), mee curry dll. Cuma kalau nak duduk lama macam tak berapa sesuai. Kerusi dia pun kebanyakannya tak boleh bersandar. Kalau untuk small short discussion ok.
3. MYNY Cafe Taman Bandar / Kompleks Dagangan Indera Mahkota
MYNY Cafe juga merupakan salah satu pilihan aku jika nak buat discussion sebab boleh open notebook buat kerja. Terletak berhadapan Hotel Sri Manja, Indera Mahkota Kuantan. Tempatnya luas, bersih, selesa, berhawa dingin, mempunyai menu yang pelbagai juga. Sesetengah table berdekatan dengan power plug. Jadi first come first serve. Tiada akses wifi disini.
4. LEBAK Cafe Indera Mahkota
Haaa… buat peminat2 coffee. Boleh lah bertandang ke Lebak Cafe. Lokasinya adalah berdekatan dengan Hotel Sri Manja. Sederet dengan 7e. Lokasinya bersih, ada bahagian berhawa dingin, ada tidak. Speciality kat sini adalah coffeenya. Depa ada mesin brew sendiri. So mmg add value la buat penggemar coffee. Cuma lokasinya juga agak kecil, dan sentiasa ada orang. Menunya juga ok, ada masakan panas dan western kalau tak silap. Kalau untuk small short discussion ok, sama macam kopitiam. Malangnya tiada akses wifi disini. Power point ada untuk meja tertentu.
5. Burger King Indera Mahkota
Ok BK Indera Mahkota juga sesuai untuk buat discussion disebabkan lokasinya yang agak luas dan terbahagi kepada bahagian berhawa dingin dan tidak. Bahagian luar terdapat meja yang boleh adjust dan mempunyai power point. Bahagian luar juga biasanya kurang orang cuma ada masa dipenuhi oleh student kerana ia terletak berhampiran dengan UIA.
6. Lain-lain cafe
Ada juga Old Town White Coffee, Coffee Bean, Starbuck yang tak perlu lah aku ulas macam mana facilitiesnya. Hehehe.
(Foto ehsan Rejim Mongol)
Leave a Reply