Salam.
Hari ni aku nak share secara umum pasal Virtual Private Server atau VPS, atau ada sesetengah org panggil Cloud Hosting. Sebab nak kata aku pakar sangat pasal cloud ni tak ler, sekadar nak kongsi basic info kenapa aku pilih VPS ni berbanding lain.
Dulu biasa kita guna Shared Hosting, atau Dedicated Server. Sekarang ada Cloud Hosting pulak.
So baru-baru ni ada keperluan untuk menggunakan cloud hosting ni, so terpaksa la aku study sikit pada vps ni.
Ada banyak option sebenarnya. Bergantung kepada keperluan dan ketebalan poket kita. So yang aku nak introduce ni adalah yang bajet biasa2 punya. Kebanyakan orang akan recommed 2 host ni, sama ada LINODE atau DIGITAL OCEAN. Nak lagi power Amazon punya. Not in our list today. Mahal hahaha.
Kebetulan aku sempat explore Digital Ocean sebelum ini, package paling murah USD 5/month, manakala LINODE pun sama USD 5/month.
Comparison antara DO & LINODE
512 | MB RAM |
1 | CPU Core |
20 | GB SSD Storage |
1 | TB Transfer |
Unknown | Gbps Network In |
1000 | Mbps Network Out |
USD5/Month | Price (Pakej Lain) |
1 | GB RAM |
1 | CPU Core |
20 | GB SSD Storage |
1 | TB Transfer |
40 | Gbps Network In |
1000 | Mbps Network Out |
USD5/Month | Price (Pakej Lain) |
Kenapa Linode & DO?
- Murah – Dua-dua sama bagus dan murah base on applikasi kecil macam yang aku buat la. Jika applikasi yg lagi besar mungkin lain cerita la kot.
- Flexible – Jika sampai satu masa nanti ada keperluan untuk upgrade amat mudah. Boleh add servis atau apa2 yang ko suka. (Tp aku mula2 tak tau nak install apa! Nak mula kat mana huhuhu)
- Support – Kedua-dua ada community support yang boleh membantu.
- Documentation – Kedua-dua ada documentation masing-masing.
SEDIKIT MENCABAR…
Haaa. Walau pun guna LINODE, DIGITAL OCEAN atau mana-mana cloud host ni best, tetapi untuk pengetahuan ko, ko bayar untuk sebuah host kosong dengan IP je! Yer, tiada OS di dalamnya. Tak macam shared hosting yang lain yang dah ready. Sebab tu kena install sendiri, melalui terminal console! Command line! Dari install operating system, add domain, sehinggalah running service apache, sql etc. Kira macam ko sertup server lah secara remote! Huhuhu. So kalau tak biasa macam aku mula2 haritu memang menangis la google documentation.
SOLUSI
Namun ada cara mudah iaitu dengan menggunakan bantuan RUNCLOUD.IO!
RUNCLOUD.IO ini adalah satu applikasi yang membantu untuk install segala item yang kita perlukan untuk server kita melalui interface yang disediakan. So kita just key in basic information diperlukan, mereka akan tolong installkan semua.
Selain itu, support RUNCLOUD.IO pun superb. Memang depa ada live chat yang memudahkan lagi kita nak bertanya secara terus. Bukan sebarang orang yang jawab live chat tu, bukan salesman, tapi technical terus. Memang terbaik RUNCLOUD.IO!
So itulah review newb aku setakat ini. Ada sebarang soalan bagitau ajelah. Apa2 hal selamat mencuba ya!
Abdul says
Terbaik tuan…