- Shutterstock.com merupakan antara agency microstock yang mempunyai pasaran yang paling aktif. Setiap hari ramai pembeli membeli gambar di Shutterstock.com
- Seperti yang anda tahu, untuk menjadi contributor di Shutterstock.com, anda perlu menghantar 10 keping gambar/karya pertama terbaik.
- Jika lulus 7/10 keping daripadanya. Anda layak untuk menjadi contributornya, dan boleh mula menghantar gambar seterusnya. Jika tidak, anda perlu menghantar semula karya baru untuk dinilai selepas 30 hari!!!
- Antara tips penting dalam menghantar 10 keping karya berkenaan:
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
- Pastikan karya berkenaan, betul-betul memenuhi kriteria agensi, betul-betul mempunyai nilai komersil, bukan sekadar syok sendiri. Gambar yang terbaik adalah gambar yang kita sendiri kritik dengan telus dan jujur. Selagi belum bagus pada mata kita, maka apatah lagi dimata orang lain.
- Pastikan karya yang dihantar baik dari segi teknikalnya. Zoom 100%, tiada noise, tiada chromatic aberration, tidak shaking, blur dan lain2 nya
- Pastikan karya yang dihantar juga baik dari segi framing dan komposisinya. Subjek in focus jelas mesejnya.
- Masukkan unsur-unsur kreativiti, tunjukkan kepakaran anda dalah menghasilkan idea. Microstocks is about idea! Jadi kenalah berfikir diluar kotak!
- Sila ulangkaji REJECTION terlebih dahulu. Pastikan karya kita clear daripada unsur-unsur REJECTION! Saya pernah share DISINI.
- Pastikan juga karya disemak terlebih dahulu oleh contributor lain. Ini membantu sedikit sebanyak dalam penilaian awal.
- Hantar karya dengan saiz paling minima mengikut keperluan agensi.
- Elakkan menghantar gambar sama sekiranya pernah gagal sebelum ini.
- Pastikan karya yang dihantar adalah berlainan kategori. Tidak semua gambar potret atau tidak semua gambar lanskap. Lagi bagus jika berbeza-beza kategori sebagai contoh Potret, Lanskap, Still Life, Journalism, Sports, Religous, Architecture, Technology, Outdoor Activity, Picnic, Parenting dan lain2.
Leave a Reply