Cerita Selepas 6 Bulan.
Salam geng!!! Apa cerita percubaan BERHENTI MEROKOK? Ni nak hapdet cerita selepas 6 bulan berhenti ni. Alhamdulillah aku rasa dah bebas sepenuhnya daripada rokok! Yeszaaaaaaaaaaaaaa! Aku pun dah tak makan Niquitin dah. Lama dah rasanya, ada lagi stock Niquitin kat aku ni. Sapa2 berminat halo2 saja.
Kesan Berhenti Merokok?
Kalau korang ingat lagi. Aku ada share pasa kesan berhenti merokok tu. Stress, sakit kepala, nafas pendek. Alhamdulillah semua dan kembali normal. Sekarang ni aku boleh selamba aje lepak ngan perokok-perokok tegar lain. Lebih dasyat, aku pulak naik pening bau asap rokok, rasa nak jerit aje kepada perokok-perokok ni. Chewah! Agaknya camni la bini aku bising dulu masa aku merokok. Hahaha.
Tapi sirius bro, memang sekarang semua ok. Alhamdulillah. Untuk mantapkan lagi paru-paru aku, yelah damage already there. 16 years smoking tak leh buat apa la. Paru-paru tetap dah rosak, just nak stimulate agar dia terus sihat aku mantain aktiviti-aktiviti bersukan. Memang hari-hari aku joging, paksa paru-paru dan jantung bekerja keras sikit. Bukan takat paru-paru. Badan aku pun naik beb berhenti merokok ni. Tapi apa ada hal, janji dah berhenti merokok. Badan naik ni terpaksa la workout sikit.
JOM BERHENTI MEROKOK!
Memang rasa bersyukur sangatlah, berjaya berhenti merokok ni. Aku harap, ramai lagi kawan-kawan aku dapat berhenti terus merokok. Kalau sesiapa dah start pakai rokok elektrik tu, cuba-cuba lah tinggal. Sebab kesan dia sama sahaja. Just takde racun lain selain nikotin sahaja. Nikotin ni pun bukan bagus untuk kesihatan pun. Lagi cepat quit, lagi cepat lung recover balik kan?
Good luck geng!
KLIK untuk membaca Personal Tips Berhenti Merokok dari artikel aku yang terdahulu!
wanie says
salam..nk tanye…ade gak yg ckp bile bhnti mrokok ni selsera mkn akn mningkat??btol ke??
Ahmad Ghazali Ahmad Tajuddin says
Ya, memang ada. Tetapi sebenarnya selera makan tu meningkat sebab deria rasa kita semakin pulih. Sebab tu kita rasa sedap je makan.
Cuma janganlah jadikan alasan takut gemuk pulak sebab tu tak mahu berhenti merokok. Teramatlah dangkal alasan begini sebab kita boleh lakukan aktiviti riadah bagi mengekalkan berat badan kita.
hanafi says
mcm ne dh dptkannyer…hrganya berapa